05 February 2019

JIHAN MUSE: "DOAKAN SAYA MASIH DITERIMA KERJA DALAM BIDANG INI"


Baru-baru ini, penampilan terkini pelawak dan pengacara Jihan Muse yang mengenakan hijab itu mendapat perhatian dan ramai mendoakan dirinya terus istiqamah.





Jihan, 35, menerusi balasan komen kepada pengikutnya di laman Instagram turut berharap dia terus diterima baik dalam industri jika berhijab penuh kelak.

"Amin amin, insya-Allah doakan saya masih diterima untuk kerja dalam bidang ini sebab memang suka kerja saya," katanya.

Ada peminat turut mendoakan dia terus bertudung dan memintanya jangan risau mengenai rezeki dalam bidang pengacaraan pasti bertambah.

Klik untuk gambar besar


"Amin insya-Allah mudah-mudahan masinlah mulut awak," balasnya yang kini sedang bercuti di Jepun bersama keluarganya.

Terdahulu, Jihan turut mengenakan skaf untuk menutup rambutnya sewaktu menjalankan misi kemanusiaan di Palu, Indonesia baru-baru ini.

Selain Jihan, program Misi Dapur Kaseh Buat Sulawesi itu turut disertai rakan artis Fara Fauzana, Zara Zya serta beberapa sukarelawan bertujuan menyumbangkan bantuan kepada mangsa bencana alam di sana.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Jihan Muse


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: