05 February 2019

KETUA JURI AJL33 AKUI VOKAL SUFIAN SUHAIMI 'KEMEK'


Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) yang baru saja melabuhkan tirainya Ahad lalu itu nampaknya masih belum reda lagi buah mulut orang ramai.





Di media sosial, boleh dikatakan ramai yang mempertikaikan apabila lagu 'Di Matamu' nyanyian Sufian Suhaimi tidak menang.

Ketua juri AJL33, Azmeer menjelaskan kelemahan vokal penyanyi itu antara faktor utama lagu sensasi itu tidak berjaya menduduki kedudukan tiga terbaik.

Bagaimanapun menurutnya lagi, penghayatan Sufian ketika membawakan lagu tersebut harus diberikan pujian kerana berjaya sampai kepada pendengar.

"Jujurnya, Sufian punyai vokal yang kemek, sekali gus mewujudkan ketidakseimbangan dalam pembikinan karya berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Pun begitu, saya tidak menafikan bahawa komposisi muzik serta lirik gubahan Rinkarnaen dan Sirkhan itu menarik untuk didengar.

"Apatah lagi, emosi dijelmakan Sufian tatkala menyanyikan lagu tersebut meresapi halwa telinga pendengar dengan jayanya," katanya kepada MHETV.

Ahad lalu menyaksikan lagu 'Haram' duet nyanyian Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai Juara Lagu, tempat kedua menjadi milik 'Bunga' dipersembahkan oleh Ara Johari dan tempat ketiga disandang lagu 'Sampai Bila' nyanyian Misha Omar.

Misha Omar juga turut berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik dan Sufian Suhaimi memenangi kategori Persembahan Terbaik.


www.myartis.com / Sumber: MHETV


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: