05 February 2019

TAK KISAH KUTUKAN - NABIL BANGGA CABAR DIRI JADI PENYANYI


"Saya sudah biasa kena kutuk, malah sebagai pengacara pun saya tidak terlepas daripada menjadi mangsa hentaman dan cacian.





"Jadi, apa salahnya saya mencuba nasib dalam cabang seni yang baharu? Saya tidak kisah jika netizen menganggap suara saya sumbang atau tidak sedap.

"Mereka kena ingat, saya baru nak melangkah ke dunia nyanyian secara komersial. Jika ada kekurangan, saya boleh perbetulkan pada masa akan datang.

"Apa yang lebih penting, tontonan video muzik 'Pening' meningkat setiap hari dan peminat tahu, saya serius mahu menjadi penyanyi komersial," kata pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad.

Klik untuk gambar besar


Jelas Nabil, niatnya menyanyi bukan mahu menjual suara, sebaliknya sekadar ingin menghiburkan pendengar dengan lagu lawak jenaka.

Apabila muncul dengan lagu 'Pening' ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Nabil dan Waris, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2008 ini tidak terlepas daripada kritikan dan sendaan netizen.

Ada netizen menganggap Nabil, 36, lebih sesuai menjadi pengacara, pelawak, pelakon dan pengarah, berbanding penyanyi. Suaranya dikatakan sumbang dan tidak sedap pada halwa pendengaran.

Namun, biarpun dikutuk, video muzik 'Pening' sudah ditonton hampir setengah juta kali di saluran YouTube Mixology Music sejak 23 Januari lalu.



Nabil berkata, idea menghasilkan lagu Pening tercetus ketika fikiran sedang berserabut memikirkan kos sara hidup yang semakin melambung.

"Sebagaimana peningnya lirik lagu 'Pening', begitulah situasi saya memikirkan kos sara hidup. Ketika itu, saya mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berunsur jenaka.

"Saya pula menyanyi sekadar suka-suka, bukan mahu mencabar penyanyi sedia ada atau nak masuk pertandingan.

"Kalau ikutkan, saya tidaklah minat menyanyi, tetapi komposer, DJ Fuzz, membuka pintu rezeki buat saya. Bukan senang memperoleh peluang menghasilkan single secara solo," ujarnya.



Menurut Nabil, dia dan Alif Satar pernah berkolaborasi menerusi lagu Baik Punya, ciptaan komposer sama, tahun lalu.

"Lagu 'Baik Punya' dihasilkan untuk kempen pelancongan, bukannya pasaran komersial. Melihat maklum balas yang baik, DJ Fuzz mahu saya menghasilkan lagu secara solo pula.

"Bohonglah jika saya katakan tidak ketakutan ketika proses rakaman dilakukan dalam studio... Seram sejuk dibuatnya.

"Mujurlah, DJ Fuzz dan Waris adalah kawan yang memahami dan tidak lokek memberi tunjuk ajar,” tutunya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: