06 February 2019

"DAH LAMA MOVE ON... EPISOD ITU LAMA SAYA SIMPAN RAPI" - SUFIAN


"Alhamdulillah, ikut perancangan asal, saya berseorangan tanpa ada prop. Namun, Hatta Dolmat yang bertindak selaku pereka dan juru gaya saya sudi membantu mendapatkan khidmat perancang perkahwinan The Calla.





"Apabila persembahan saya ini diperkatakan sejak semalam, ia satu pencapaian dan kejayaan buat semua pihak. Mungkin tak puas nak tengok semalam, jadi mereka menonton berulang kali," jelas penyanyi Sufian Suhaimi yang berkongsi cerita disebalik prop yang dihasilkan.

Penyanyi lagu 'Di Matamu' itu memberitahu mulanya tiada perancangan untuk menyediakan prop berkenaan namun pereka fesyen, Hatta Dolmat memberikan idea untuk berbuat demikian.

Dalam masa sama, Sufian meluahkan rasa syukur apabila lagu, video 'Di Matamu' pada Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) 'trending' nombor satu di laman YouTube TV3 Malaysia, kurang daripada 24 jam dimuatnaik.

Kejayaan itu turut mengulangi sejarah persembahan lagu 'Aku Cinta' nyanyian Ernie Zakri dan Syamel pada JL 32 lalu. Namun menariknya, video persembahan Sufian itu telah melebihi 1.8 juta tontonan menewaskan finalis lain.

Klik untuk gambar besar


"Sebagai penyanyi, saya sudah menyampaikan lagu ini sebaik mungkin. Saya tidak fikir apa-apa melainkan ingin menghiburkan penonton. Malah, apabila ada rakan artis dan penonton menangis, saya anggap mereka merasai nyanyian saya.

"Saya terharu melihat sokongan penonton apabila menyalakan telefon bimbit. Malah, 'standing ovation' juga bermakna buat saya. Apa pun persepsi diberikan terhadap bentuk persembahan saya, ia pendapat masing-masing," ujarnya.

Penangan Sufian di malam kemuncak AJL33 masih dibicarakan di sosial media. Perihal penyanyi itu membawa set 'pelamin' di pentas membawa pemahaman yang pelbagai dalam kalangan peminat-peminatnya.

Ada pandangan nakal mendakwa Sufian seakan-akan 'membalas dendam' di atas kekecewannya selepas putus tunang dengan pelakon Elfira Loy. Penyanyi muda itu dikatakan sukar melupakan wanita yang pernah singgah di hatinya.

Belum selesai perdebatan isu set 'pelamin', penyebaran sekeping foto kononnya Sufian sedang tidur di samping seorang wanita tular di media sosial.



Lalu, bagaimana penerimaan tuan punya badan? Sejauh mana kebenaran dia sukar mengikis kenangan bersama Elfira? Benarkah foto itu miliknya? Namun Sufian, tenang menjawab satu demi satu soalan yang diajukan padanya.

Enggan melatah atau melenting dengan dakwaan tidak berasas netizen, bagi Sufian segala pengalaman pahit yang pernah singgah dalam hidupnya sudah lama dibuang jauh.

Pengalaman pahit lalu khususnya episod putus cinta, katanya, menjadi bekalan ilmu kehidupan yang akan sentiasa menjadi pedoman, dan kerana itu juga, Sufian tanpa berselindung mendedahkan, dia sudah lama bangkit daripada kesedihan.

"Saya sudah lama move on. Sudah lama saya lupakan apa yang pernah berlaku dalam hidup. Saya percaya setiap orang pernah melalui fasa-fasa yang sedih dan sukar dalam hidup. Demikian juga dengan saya. Episod putus tunang itu sudah lama saya simpan rapi," jelasnya.



Dalam usaha mencari kekuatan, Sufian bersyukur kerana keluarganya sentiasa memberi sokongan moral buatnya.

"Saya berterima kasih pada keluarga dan sahabat karib yang tidak putus memberi sokongan dan mendoakan saya. Ketika melalui saat-saat yang sukar, mereka sentiasa ada bersama saya," tuturnya Sufian lagi.

Kepercayaan keluarga dan sahabat karib juga menyebabkan Sufian tidak pula melenting apabila ada yang menyebarkan foto terbaharu dia sedang tidur di samping seorang wanita.

Kata Sufian, tidak ada sebab untuk dia membuat bising dan melayan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

"Biarlah dia orang nak buat apa pun, ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan dalam perkara-perkara tidak elok. Saya tahu saya tak buat salah dan keluarga juga kenal siapa saya," kata Sufian menoktahkan perbualan.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: