06 February 2019

HAQIEM RUSLI MOHON JANGAN KECAM ARA, DAH BUAT SEHABIS BAIK


Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Ara Johari baru-baru ini telah dikecam selepas Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33).





Ini kerana segelintir netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan lagu 'Bunga' nyanyian Ara diumumkan memenangi tempat kedua pada persembahan AJL33 lalu dan membuat kritikan terhadap cara nyanyian penyanyi itu.

Rata-rata netizen yang marah menyerang laman sosial penyanyi berkenaan dengan kata-kata negatif dan tidak sepatutnya.

Untuk makluman, lagu ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Rasa simpati terhadap Ara, penyanyi Haqiem Rusli telah memohon agar netizen berhenti mengecam Ara. Haqiem berkata, penyanyi itu sudah cuba membuat persembahan terbaik dalam acara yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar


"Janganlah duk kecam Ara tu. Sabar, cakap yang baik-baik. Saya tengok persembahan Ara, sudah sehabis baik dia buat. Kami sebagai penyanyi memang akan cuba bagi terbaik untuk terus naikkan nama Malaysia," ujarnya di Twitter.

Haqiem yang turut berentap dengan lagu 'Jatuh Bangun' bersama penyanyi rap Aman Ra pada AJL33 itu turut memberi kata-kata semangat dan meminta penyanyi lagu 'Paku' itu terus bersikap positif.

Sementara itu, Ara di Instagram menganggap kritikan yang diterima sebagai satu ujian atas rezeki yang diterimanya.

"Bencilah aku semahu mu, makilah aku sepuas mu, aku anggap ini ujian atas rezeki yang ku terima. Terima kasih," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: