06 February 2019

TUNKU HANIS: "TOLONG EH FATIYA! TAK BOLEH DITEGUR TU YANG SUSAH"


"Susah senang sama-sama! No matter what happen I got your back! Allah tengah duga kau supaya kau tau DIA sayangkan kau & itu je cara nak buat kau atau kita ingat DIA.





"Mana mungkin DIA tak tau hati budi kau cuma perangai tu je sikit eh! TOLONG EH FATIYA! Haha! Tak apa, kita manusia kena selalu belajar yang tak boleh nak ditegur tu yang susah!

"Bila manusia tegur sebab sayang tetapi dihina dicaci diumpat digosip diperli tak apa! DIA akan datangkan teguran dari DIA! Macam aku, selalu tak dengar cakap orang sekali DIA nak tegur, DIA betul tegurrr habis! Hahaha.

"Semakin I dewasa semakin diri ini mengagumi setiap inci kerja tuhan & tiada yang benar melainkan yang benar iaitu hidup yang tiada ujian seumpama hidup tidak dipedulikkan tuhan!

Klik untuk gambar besar


"Orang yang sentiasa tenang & sabar dalam setiap dugaan dengan hati yang benar-benar bersih pasti menang! Bye. Korang hentam dia dengan puluhan batu pun @fatiyalatiff tetap sahabat saya! Dia pun nak potong pendek jugak! Hahaha! TAK KENA!

"Kau dengan grekkk kau perlu berpisah tiada eh! Lagi elok tutupje senang cerita," demikian tulis pelakon Tunku Hanis yang tampil menasihati tindakan yang sering dilakukan oleh rakan baiknya iaitu aktres Fathia Latiff.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hanis berharap agar Fathia tabah menempuhi dugaan dan ujian dalam hidupnya serta berharap agar orang ramai tidak terlalu menghukum rakannya itu.

Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Hanis dapat menasihati Fathia agar lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak menjejaskan nama baiknya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Tunku Hanis & Fathia Latiff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: