02 February 2019

DAKWAAN EMMA SUDAH 'KAHWIN' - CHACHA MAEMBONG TAMPIL NAFI


Baru-baru ini telah kecoh dan tular di media sosial apabila timbul dakwaan pelakon Emma Maembong itu sudah berkahwin dengan lelaki bernama Syed Abdullah iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.





Sehingga kini, Emma mahupun Syed Abdullah enggan membuka mulut berhubung dakwaan tersebut, namun adik kepada Emma yang juga seorang pelakon iaitu Chacha Maembong telah tampil menafikan.

Pelakon drama 'Selafaz Cinta' itu mengakui kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu sekali gus membuatkan banyak pihak mempercayai cerita itu.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak mahu komen lebih lanjut sebab bukan membabitkan saya. Kalau saya komen lebih, bimbang ia boleh mengeruhkan keadaan. Jika melihat perkongsian individu itu, dia pun macam tak tahu kejadian itu betul atau tidak.

"Emma dan Syed memang tak pernah kahwin. Apa yang keluar itu tak betul. Sebagai adik saya pun sakit hati," katanya yang memberitahu yang kakaknya sudah berdepan dengan banyak gosip dan ada baiknya dia mendiamkan diri.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: