07 February 2019

EMMA MAEMBONG: "MAHU JADI DIRI SENDIRI, SAYA BERHAK CARI KEBAHAGIAAN"


"Kadang kadang kita sebagai manusia bila mana kita berada di bawah (lowest point), lagi orang doakan benda buruk terjadi pada kita — memang yang buruklah terjadi pada kita. Kalau orang lebih positif dan doakan yang baik baik mungkin saya akan teruskan (bertudung) tapi saya bukan nak salahkan mana mana pihak.





"Nak ambil hati dan jaga hati semua orang tidak boleh jadi saya buat keputusan untuk diri saya sendiri," ujar pelakon Emma Maembong yang tidak mahu menyalahkan mana mana pihak atas keputusan untuk tidak bertudung ini namun berkali kali mengatakan yang komen dari orang ramai menyukarkan dirinya untuk terus istiqamah.

Dalam satu temubual pertama bersama media selepas mengumumkan yang beliau kini sudah tidak bertudung, Emma memberikan reaksi pertama beliau terhadap apa yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai ketika ini.

Semalam kecoh di media sosial apabila Emma mengesahkan dia tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu. Emma memberitahu keputusan untuk membuka tudung adalah kehendaknya sendiri dan bukan kerana orang lain.

Ujarnya lagi, dia juga mahukan kehidupan sendiri dan sudah sampai masanya dia memikirkan kebahagiaannya serta menjadi diri sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Selama ini bukan hipokrit tetapi keputusan ini dibuat kerana saya mahu menjadi diri saya. Sudah sampai waktu saya memikirkan kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri.

"Lagipun, ketika bertudung tiada siapa yang suruh, ia atas kerelaan sendiri. Dan, keputusan untuk buka tudung pun atas kehendak sendiri, bukan kerana orang lain.

"Sampai bila nak jaga hati orang. Saya berhak cari kebahagiaan dan tersenyum gembira. Selama ini kerjaya saya menghiburkan orang lain. Saya nak juga ada kehidupan sendiri," tuturnya.

Dalam pada itu, Emma memberitahu keputusan untuk membuka tudung sudah lama difikirkannya. Ujarnya lagi, dia sedar netizen diluar sana marah dengan tindakannya namun keputusannya adalah antara dirinya dengan Tuhan.



"Ini bukan keputusan mengejut tetapi sudah lama saya fikirkan. Saya tahu ramai marah, saya minta maaf. Saya tak kisah orang bagi nasihat.

"Kalau benda tak elok orang nasihat saya terima bulat-bulat. Saya tak marah pun. Biarlah keputusan ini antara saya dengan Allah," katanya.

Emma turut menafikan dakwaan dia bertudung semata-mata untuk menjual tudung. Jelasnya lagi, dia memulakan peniagaan tudung sebelum dia berhijab lagi.

Menerusi laman Instagram, buat pertama kalinya, Emma berkongsi foto terbaru yang merakamkan dirinya tidak bertudung. Foto itu dimuatnaik Emma selepas membuat pengakuan mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung selepas lima tahun.



"The one that always be there for me," tulisnya ringkas pada foto tersebut yang mengundang pelbagai reaksi peminat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa kecewa dan patah hati dengan keputusan muktamad yang dilakukan oleh Emma. Bagaimanapun tidak kurang juga ada yang mendoakan Emma agar kembali berubah selepas ini.

Terdahulu, Emma menegaskan tindakan terbabit yang diambil olehnya bukanlah contoh yang baik dan tidak ada kena mengena dengan kontroversi foto tular yang melanda Emma baru-baru ini.

Apa-apapun, semoga Emma Maembong gembira dengan keputusan yang dibuat dan tidak perlu lagi berselindung untuk mencari kebahagian diri sendiri.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: