26 February 2019

GAGAL PROMOSI SECARA EKSKLUSIF - PEMILIK SAMAN FAZURA, TUNTUT SEMULA RM156K


Penyanyi dan pelakon, Nur Fazura baru-baru ini didakwa oleh pemilik syarikat Maydan Trading yang memasarkan produk Q-Tab iaitu telah melangar kontrak perjanjian untuk menjadi duta produk mereka selama enam bulan dengan tidak memberikan apa yang telah dipersetujui.





Perjanjian itu didakwa untuk Fazura memasarkan produk untuk balasan bayaran sebanyak RM212,000 serta dibayar dalam tempoh enam bulan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan saman, antara perkhidmatan yang dibuat oleh Fazura adalah memasarkan produk secara besar melalui media sosial, lebih khususnya melalui saluran Instagram miliknya membabitkan 12 catatan (postings).

"Saya membuat bayaran awal RM100,000. Selepas itu Maydan membuat sidang akhbar pada penghujung Ogos 2017 untuk mempromosi rangkaian produk kami termasuk Q Tab. Ketika itu saya juga ada membuat pembayaran RM56,000 bagi sesi fotografi dan video.

"Melalui Mardina saya difahamkan jualan produk kami bagus, bagaimanapun jualan jatuh pada penghujung September 2017. Saya dimaklumkan Fazura ada melancarkan produk kecantikannya sendiri Tru-Dolly pada awal Oktober 2017," katanya.

Pemilik syarikat produk kecantikan dan kesihatan itu, Narhamdan Abdul Malek juga berkata beliau hanya mahu menuntut semula bayaran RM156,000 yang telah dibuat kepada pihak pengurusan Fazura untuk perjanjian ini.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah membayar 75 peratus nilai tugas duta ini bagaimanapun apa yang dibuat oleh Fazura sejak Oktober 2017, tidak sepadan dengan apa yang sudah dijanjikan.

"Dia (Fazura) hanya membuat satu sidang media dan sesi fotografi serta video. Dia ada memuatnaik tiga kali di laman Instagramnya," ujarnya.

Narhamdan memfailkan saman terhadap pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 36, dan Universal Music Sdn. Bhd. bagi menuntut wang RM156,000 jumlah bayaran yang sudah dibayar untuk menjadi duta produk, Q Tab untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku.

Maydan Trading selaku plaintif kes itu memfailkan saman kepada Fazura selaku defendan pertama dan Universal Music selaku defendan kedua pada 16 Disember 2017.

Prosiding perbicaraan hari pertama kes ini telah dijalankan dihadapan Hakim Datuk Mohd. Firuz Jaffril di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.



Dalam prosiding itu, Maydan Trading diwakili peguam Dzaki Ezwan Baharin dan Surita Sunkey manakala Fazura dan Universal Music diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, Wilson Lim dan Joel Prashant.

Menurut Narhamdan, 54, bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan 75 peratus tugas yang dijanjikan oleh aktres itu dalam rangka promosi Q Tab semenjak Oktober 2017.

Dalam prosiding itu, Fazura bersama peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan, manakala Narhamdan pula bersama dua peguam, Surita Sunkey dan Dzaki Ezwan Baharin.

Pada awal Ogos 2017, Narhamdan menandatangani Helaian Terma (Term Sheet) dan membuat bayaran awal sebanyak RM100,000 pada perjumpaan yang diadakan di The Curve, yang dihadiri oleh Fazura, Iman Tang, dua anak perempuannya, Marliya Narhamdan dan Mardina Narhamdan.

Perjanjian itu didakwa untuk Fazura memasarkan dan/atau mengendors produk untuk balasan bayaran sebanyak RM212,000 serta dibayar dalam tempoh enam bulan.



Selepas itu, sidang media telah diadakan pada akhir Ogos 2017 untuk mempromosikan rangkaian produk Maydan Trading, termasuklah Q Tab menerusi sokongan Fazura. RM56,000 turut dibayar untuk sesi penggembaran video dan fotografi.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, antara perkhidmatan yang dibuat oleh Fazura adalah memasarkan produk secara besar melalui platform media sosial, lebih khususnya melalui saluran Instagram milik Fazura yang membabitkan 12 postings.

Selain itu, Fazura perlu membuat lima penampilan awam, penampilan tunggal pada sidang akhbar serta sesi pengambilan gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk.

Dalam pada itu, plaintif mendakwa Fazura pada akhir September 2017 telah melancarkan dan memasarkan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Trudolly TruBeauty.

Akibat daripada itu, pelanggaran berlaku dalam pemasaran kedua-dua produk itu menyebabkan plaintif mendakwa mengalami kerugian.

Dakwa plaintif, rundingan dengan wakil Fazura, Iman Tang secara lisan memberitahu perlantikan defendan pertama untuk memasarkan produk itu melalui Instagram adalah berstatus eksklusif dan mengecualikan produk lain yang belum diendors oleh Fazura.

Sementara itu, Fazura dalam pernyataan pembelaannya menafikan bahawa dirinya ada memasuki sebarang perjanjian dengan plaintif.

Fazura juga memberitahu mahkamah bahawa Iman Tang bukan ejen atau wakilnya, sebaliknya hanya pengurus dan sebarang keputusan berkaitan dengan kerjaya seni hanya ditentukan oleh dirinya sendiri. Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril bersambung esok.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: