25 February 2019

ISU BLACKPINK: CAPRICE TAMPIL ULAS - ABBY ABADI 'BIDAS' BALIK


Hujung minggu lalu, konsert jelajah penyanyi kumpulan wanita dari Korea, Blackpink telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dan ia mendapat sambutan luar biasa.





Bagaimanapun, seperti yang anda semua tahu pelakon Abby Abadi ada menyuarakan pandangan beliau mengenai konsert itu dan kurang senang melihat imej seksi kumpulan tersebut yang tidak mendapat bantahan dari mana-mana pihak.

Kerana kenyataan itu, Abby dikecam teruk oleh netizen dan ada yang mengungkit masa silam Abby yang pernah berpakain seksi ketika aktif dalam bidang nyanyian bersama kumpulan Elite.

Klik untuk gambar besar


Isu viral ini turut mendapat perhatian penyanyi rap Caprice yang dikenali dengan siri video beliau mengulas tentang isu semasa. Kata Caprice, pada satu tahap seseorang itu akan berubah dan tidak semestinya mereka akan terus meminati sesebuah kumpulan artis selama-lamanya, begitulah juga dengan imej seseorang.

Tidak hanya berdiam diri, Abby tampil memberikan respon terhadap teguran Carpice dan menyatakan rasa terkilan kerana kenyataan asal beliau sudah disalah erti. Abby menasihati Caprice untuk fahamkan dahulu apa yang beliau maksudkan sebelum memuatnaik sebarang video.

Setiap orang berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu perkara tetapi bukan semua yang ingin dikatakan itu harus diluahkan di media sosial. Ada kalanya lebih baik untuk simpan dalam hati sahaja agar tiada pihak yang tersinggung. Apa pula komen anda?










www.myartis.com / Sumber, foto & video: Beautifulnara, Instagram Caprice & Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: