Menerusi laman Instagram, abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan dirinya bersama pelakon Emma Maembong menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalan rapat mereka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Malah, terdapat segelintir peminat yang mengharapkan hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.
Terdahulu, hubungan Syed Abdullah dan Emma dikatakan sudah retak apabila mereka tidak saling mengikuti di Instagram.
Syed Abdullah pula bertindak 'menyembunyikan' (archieve) gambar-gambar yang dimuatnaik bersama Emma, namun ia hanya untuk beberapa jam.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syed Abdullah
________________________

No comments:
Post a Comment