28 February 2019

HUBUNGAN DENGAN SHAHIR - ERRA AKUI TAK PASTI, IKUT ATURAN ALLAH


Mengenai hubungannya dengan penyanyi Shahir Zawawi, pelakon Erra Fazira mengakui dirinya tidak mengetahui hala tuju walaupun bekas peserta Akademi Fantasia itu beberapa kali mengeluarkan kenyataan akan menghantar rombongan meminang untuk berkahwin dengannya.





Erra juga memberitahu dia sendiri sudah lama tidak bertemu dengan Shahir namun ada berkomunikasi menerusi panggilan telefon dan mesej.

"Kami tidak bergaduh pun cuma memang sudah agak lama kami tak berjumpa dan sekadar bertanya khabar menerusi telefon. Cuma sukar untuk saya katakan mengenai kedudukan saya sekarang... 'Menang' atau 'gagal' susah hendak saya cakap.

Klik untuk gambar besar


"Pada saya apabila dia bersuara mengenai soal perkahwinan ia sedikit sebanyak memberi impak bukan sahaja kepada diri saya tapi orang sekeliling seperti keluarga dan teman. Jadi rasanya lebih baik jangan bersuara perkara yang kita sendiri tidak tahu apa pengakhirannya," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Sembilu' ini berkata, dia enggan berfikir soal tersebut sebaliknya hanya mengikut apa yang telah diaturkan oleh Allah untuknya.

"Pada saya senang, buat apa hendak membeli 'bahan' apabila 'tapak' yang dibina pun belum kukuh. Hakikat yang nyata biarlah saya ikut sahaja apa telah diaturkan oleh Allah buat saya," jelasnya.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: