12 February 2019

ISU ORANG LAIN BUKA TUDUNG - UQASHA TAK MAHU DIRINYA DIKAITKAN


"Kesalahan orang lain, mengapa ingin kaitkan saya? Bagi saya, itu urusan dia dan tiada kena mengena dengan saya pun sebenarnya. Kita bersangka baik sahaja. Kalau benar belum bersedia, mengapa kita perlu memaksa.





"Doakan sahaja semoga semuanya baik sahaja dan urusannya dipermudahkan," kata pelakon jelita Uqasha Senrose memohon agar tidak dikaitkan dengan tindakan pelakon Emma Maembong yang kini tidak lagi bertudung dan perkara tersebut adalah mengarut apabila dirinya dikaitkan atas keputusan hidup orang lain.

Disapa pertanyaan apabila terdapat segelintir pihak menyalahkan dirinya sebagai artis yang memulakan trend tidak bertudung, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyangkal perkara tersebut.

"Saya tidak tahu ingin jawab apa. Bagi saya, pilihan hidup orang lain. Jangan heret atau kaitkan dengan saya kalau orang lain tidak bertudung.

Klik untuk gambar besar


"Tiada kena mengena dengan saya langsung. Sampai sekarang, orang akan tetap bercakap tentang kita. Tidak mahulah kalau pakai tudung namun perbuatan kita tidak melambangkan imej suci Islam itu.

"Doakan sahaja yang baik-baik. Emma seorang yang kuat dan saya yakin dia mampu menghadapi ujian ini. Setiap manusia dihujani ujian yang berlainan," ujar pelakon drama 'Tundukkan Playboy' itu lagi.

Sebelum ini, pelakon filem Hantu Kak Limah itu telah mengambil keputusan untuk membuka tudung pada Ogos 2016 selepas tiga tahun berhijab.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Uqasha Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: