19 February 2019
KRITIKAN MASALAH RUMAHTANGGA - SHARNAAZ AHMAD TAMPIL 'NASIHAT'
Semua mengetahui mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap lantang bersuara berkenaan sesuatu kontroversi sebelum ini. Namun baru-baru ini, ada pihak seakan menganggap pergolakkan rumah tangga Sharnaaz Ahmad sebagai 'terkena batang hidung sendiri'.
Terkilan dengan pelbagai tuduhan, Sharnaaz sempat memberikan nasihat kepada 'haters', dimana setiap orang ada ujian tersendiri kesan dari kesilapan sebelum ini termasuk mereka yang mengecamnya.
Bagaimanapun, peminat yang turut sama bersimpati dengan dugaan yang menimpa Sharnaaz tampil memberikan kata-kata semangat dan meminta agar pelakon itu bersabar dengan kritikan.
Dalam kenyataan lain pula, Sharnaaz seolah meluahkan rasa hati dengan mengatakan beliau percaya masih ada sebilangan memandangnya dengan cara berbeza daripada sikap ego dan panas baran.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sharnaaz Ahmad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment