03 February 2019

SAH BERCERAI - SHARIFAH SOFEA BERGILIR-GILIR JAGA ANAK


"Saya baru sahaja melepasi episod perceraian bersama suami. Keputusan untuk berpisah bukanlah sesuatu yang mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.





"Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik. Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan keadaan sekarang," demikian kata pelakon berdarah kacukan, Sharifah Sofia yang kini menggalas tugas sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya.

Menerusi laporan HLive, Sofia tidak mendedahkan tarikh perpisahan mereka tetapi semuanya berlangsung dengan baik.

Sofia atau nama penuhnya, Sharifah Sofia Syed Hussein berkahwin dengan Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali pada 18 Oktober 2009. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: