07 February 2019

"SAYA TAK JADI BEDAH BUANG TONSIL SEBAB....." - AIMAN TINO


Pembedahan membuang tonsil yang sepatutnya dijalankan pada November lalu, penyanyi muda, Aiman Tino, 21, menjelaskan dia mengambil keputusan untuk menangguhkan pembedahan tersebut. Kata Aiman, sehingga kini dia bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor.





"Saya tak jadi bedah buang tonsil sebab tidak digalakkan oleh doktor. Jadi, saya dibekalkan ubat-ubatan dan akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan berkala setiap bulan.

"Insya-Allah ia tidak memudaratkan dan ubat itu pun akan dimakan sekiranya perlu sahaja," kata penyanyi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu.

Tambah Aiman, dia turut berdepan kerisauan seandainya pembedahan membuang tonsil itu akan menyebabkan suaranya berubah.

Klik untuk gambar besar


"Takut pun ada juga sebab terlalu banyak fikir mungkin suara saya sudah tak sama lagi nanti. Jadi pendekatan saya sekarang tidak boleh terlalu 'menekan' apabila menyanyi dan ada tahap tertentu sahaja untuk menyanyi setiap hari," tambahnya.

Mengulas mengenai 'kehilangan' daripada industri sejak hujung tahun lalu, jelas Aiman dia mengambil peluang untuk berehat seketika.

"Sejak daripada saya sakit, saya jadi kurang yakin untuk menyanyi. Jadi saya ambil peluang ini untuk berehat seketika.

"Bagi saya, industri ini ada turun naik dan ia normal bagi seorang penyanyi," ujarnya yang baru muncul dengan single terbaharu, Terlerai Sebuah Janji.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: