07 February 2019

KINI BERTUDUNG - ISTERI FAD BOCEY KONGSI KISAH HIJRAHNYA


"Bermula episod baru,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama sy kumpul tudung. Tapi biasalah iman kita turun naik, kadang tengok org cantiknya bertudung. Tapi bila pakai rasa mcm tk yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu.





"Tapi satu masa tu hampir setiap hari, sy selalu dlm keadaan resah. Klu kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mna? Sampaikan setiap hari mimpi kiamat. Mimpi family satu satu tinggalkan sy. Sy selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir.

"Sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima," kata isteri kepada pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman yang mendedahkan sebab utama dia mengambil keputusan berhijrah iaitu mengenakan tudung.

Nur Syahirah atau lebih mesra dipanggil Sya, 25, berkata setiap hari fdia bermimpi hari kiamat dan satu persatu ahli keluarga meninggalkannya. Malah, dia kerap bercerita dengan Fad mengenai mimpi buruk tersebut namun suaminya tidak memberi sebarang reaksi menyebabkan dirinya berasa resah.

Klik untuk gambar besar


Sya yang memakai tudung sejak 19 Januari lalu itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya hari ini.

"Sy mimpi sy mati tinggalkan anak2. Bila bangun rasa sedih rasa sayu. Sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2, siapkn anak2 pegi school, hantar school, balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar

"Tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain). Anak2 sapa yg akan uruskan. Takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya." ujarnya.



Dalam pada itu, Sya tidak menganggap apabila seseorang itu memakai tudung sudah dikira cukup baik dan sempurna namun dengan menutup aurat boleh membawa diri ke arah yang lebih baik. Sya juga meluahkan rasa syukur dan tenang selepas memakai tudung dan berharap semua orang mendoakan terus istiqamah.

"Lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan. Pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat ,dan banyak mata yg pandang pelik. Tapi abaikan sbb Allah tau niat kita.

"Lepas solat sy akan baca Al-Quran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri. Sy selalu refer kwn2 .salah sorangnya @syashamsul. Dia slalu ckp slow slow.



"Bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik. Takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu. Takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu.

"Satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya. Sy masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yg dpt bimbing sy. Ramai sgt yg dm yg whatsapp, semuanya bgi semangat.

"Tktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya. 19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya. Satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang. Rasa luas, rasa lega. Doakan sy terus istiqamah ❤️," tuturnya.

Untuk makluman, Sya dan Fad berkahwin pada 2015 dan dikurniakan anak kembar lelaki, Adrazin Hayyan dan Adrazin Zayyan yang kini berusia empat tahun serta anak perempuan, Nur Aminah Mishall berusia dua tahun.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fad Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: