07 February 2019

BAPA EMMA MAEMBONG NASIHAT WANITA JAUHI JANTAN BUKA AIB


"Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu. Dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga," demikian tulis bapa kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong, di Facebook yang menggambarkan situasi dilalui anaknya ketika ini.





Kata Ismail, lelaki yang membuka aib seorang wanita adalah manusia bertopengkan iblis yang sering berusaha untuk memecah belahkan umat Islam dan keluarganya. Mendalam sungguh luahan hati bapa Emma.

Baru-baru ini, kecoh dan hangat diperkatakan mengenai tindakan Emma yang mengesahkan buka tudung. Pesanan sinis bapa Emma itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen, hingga timbul dakwaan mengatakan peringatan berbentuk sindiran itu ditujukan buat Syed Abdullah.

Status tersebut turut mendapat pelbagai maklum balas baik yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu dan mendapat lebih 70 komen serta lebih 80 perkongsian.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, beberapa rakan artis turut memberikan kata-kata semangat kepada pelakon berdarah kacukan itu selepas dikecam teruk netizen.

Dalam pada itu, ramai menitipkan doa dan nasihat buat Ismail agar terus kuatkan semangat mendidik anak gadisnya agar tidak terpesong. Ramai juga turut bersimpati dengan luahan sayu Ismail.

Antaranya pelakon Aprena Manrose yang tetap akan bersama Emma: "Apapun keputusan yang dibuat, saya akan tetap bersama awak," tulisnya di laman Instagram Story. mereka.



Pelakon Aeril Zafrel pula meninggalkan komen di satu gambar Emma memohon peminat supaya mendoakan yang terbaik kepada pelakon itu: "Doakan yang baik-baik semua".

Bagi pelakon Daler Yusof, dia meminta netizen supaya tidak memaki hamun Emma: "Kita doa yang baik-baik. Berikan dia nasihat dan tak perlu nak maki yang bukan-bukan. Kalau nak tegur pun tegur cara Nabi dengan cara baik".

Apapun ,kami sendiri tidak pasti maksud tersirat disebalik kenyataan bapa Emma. Semoga bapa Emma kuatkan semangat dan tabah mengharungi dugaan ini.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: