07 February 2019

ISU EMMA MAEMBONG: "YANG PENTING HATI KENA BERSIH! TU AJE!" - MICHAEL ANG


Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram, pengarah Micheal Ang sekali lagi tampil memberikan komen berhubung keputusan pelakon Emma Maembong yang membuka tudung.





Dalam video tersebut, Mike berkata, tidak mengapa Emma membuka tudung jika benar beliau tidak bersedia kerana yang penting hati kena bersih.

Dalam masa sama, Mike turut menegaskan tindakan Emma membuka tudung tidak salah kerana sekurang-kurangnya beliau tidak perlu berpura-pura memakai tudung demi orang lain.

Klik untuk gambar besar


Pun begitu, pendapat Mike itu menimbulkan rasa marah peminat. Ada yang mula mendakwa Emma, anak emas pengarah itu kerana perbezaan teguran Mike pada Emma dan bekas finalis Dewi Remaja, Ernisha membuka tudung sebelum ini.

Selain itu, ruangan komen Instagram Mike juga dipenuhi rasa geram peminat yang mempersoalkan pengetahuan Mike sebagai orang bukan Islam, memberikan komen terhadap hukum hakam agama Islam.

Tidak mengapalah jika itu pendapat Mike, semua orang berhak memberikan pendapat. Tidak perlulah membebankan Emma lagi dengan nasihat dan teguran, nanti disalahkan netizen lagi punca depresi pula.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Michael Ang & Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: