07 February 2019

DUA KALI TERTANGGUH - AKHIRNYA URUSAN UMRAH IFA RAZIAH DIPERMUDAHKAN


"Ini merupakan kali pertama saya dan keluarga dijemput untuk menunaikan ibadah Umrah. Insya-Allah, saya berada di Madinah selama empat hari dan selebihnya akan berada di Makkah.





"Sebenarnya, saya memang sudah dua kali berhasrat untuk ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, tetapi tak jadi. Mungkin belum tiba masanya," kata selebriti serba boleh, Ifa Raziah sebelum mengerjakan Umrah yang bersyukur kerana urusannya untuk mengerjakan ibadah Umrah dipermudahkan.

Sedang berada di Madinah sebelum berangkat ke Makkah, Ifa berkongsi pengalaman mengendalikan urusan Umrah sebelum terbang ke Tanah Suci.

Terbang pada 4 Februari lalu, Ifa yang menunaikan Umrah bersama suami, Mohd Yani serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Aqili dan bakal berada di Tanah Suci selama 12 hari itu menyifatkan peluang ini sebagai rezeki untuk dirinya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Pemergian untuk mengerjakan Umrah kali ini memang tak dirancang sama sekali. Balik daripada bercuti di Eropah bersama keluarga hujung tahun lalu, saya rasa terpanggil untuk ke Tanah Suci.

"Mungkin ini rezeki saya untuk tahun ini, mengerjakan ibadah bersama suami dan anak. Akhirnya, ia dimakbulkan Allah. Perasaan saya sangat gembira kerana semua urusan dipermudahkan.

"Semuanya berjalan lancar. Ibaratnya, malam ini saya terdetik nak ke sana, esok saya nyatakan hasrat kepada suami, suami pun setuju. Terus pada malamnya, ada Ustaz datang ke rumah kami untuk mengajar cara mengerjakan Umrah.

"Urusan visa juga dipermudahkan. Alhamdulillah, jika sebelum ini ada halangan, kali ini semuanya baik-baik sahaja," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: