07 February 2019

DITUDUH PUNCA EMMA BUKA TUDUNG - SYED ABDULLAH KECEWA


Jejaka yang dikatakan rapat dengan Emma Maembong iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman turut menjadi sasaran serangan netizen selepas pengakuan pelakon berdarah kacukan itu mengesahkan dirinya tidak lagi berhijab setelah lima tahun.





Laman Instagram Syed Abdullah dibanjiri pelbagai komen, malah ada yang menuding jari menuduhnya sebagai penyebab Emma, 27, mengambil keputusan itu.

Ramai mendakwa sejak perkenalan Syed bersama Emma membuatkan pelakon itu lebih liar sehingga nekad membuat keputusan untuk membuka tudung pada akhirnya selepas viral gambar mesra mereka.

Turut tidak ketinggalan, ada yang meninggalkan komen kecewa dengan pergaulan bebas diantara Syed dan Emma. Mereka berpendapat jika Syed seorang lelaki yang baik, mampu mencegah Emma membuka tudung.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun ada juga mempertahankan Syed dengan mengatakan keputusan Emma tidak dipengaruhi sesiapa kerana gadis itu bukan budak yang senang terpengaruh dengan arahan orang. Apa pula pendapat anda? (rtky/w)

Dalam satu komen balas, Syed Abdullah mengakui, kecewa apabila dirinya dikatakan sebagai punca Emma tidak tetap pendirian.

"Saya anggap semua ini sebagai cabaran. Terima kasih atas teguran, saya hargai komen ini," tulisnya dalam satu komen balas menerusi entri terbaru di laman sosial itu.

Meskipun menerima pelbagai komen negatif, Syed Abdullah tetap menghargai mereka yang positif dan berusaha menegurnya dengan baik.



Semalam, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, membuat pengakuan sudah tidak lagi berhijab sejak Isnin lalu.

Pelakon filem 'Kimchi Untuk Awak' itu berkata, keputusan untuk tidak lagi bertudung dibuat bukan disebabkan kontroversi foto mesra bersama jejaka itu yang tular, baru-baru ini.

"Saya tahu ramai yang marah dan saya minta maaf. Biarlah keputusan ini antara saya dengan Allah. Lagipun, ia bukan keputusan yang dibuat secara mengejut, sebaliknya sudah lama saya fikirkan.



"Setiap manusia membuat kesilapan. Keputusan saya ini memang salah, tetapi sudah sampai masa saya memikirkan kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri.

"Ketika bertudung dulu, tiada siapa yang suruh, ia dibuat atas kerelaan diri. Begitu juga keputusan untuk buka tudung, ia dibuat atas kehendak sendiri, bukan kerana orang lain," katanya.

Hubungan mesra pasangan itu mula dihidu apabila mereka kerap berkongsi gambar percutian bersama di laman sosial masing-masing.

Emma juga sudah katakan keputusan beliau tidak dipengaruhi mana-mana pihak sebaliknya kerana imannya yang belum cukup kuat untuk terus istiqamah. Apa pula pendapat anda?




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Beautifulnara, Rotikaya, Instagram Syed Abdullah, Emma Maembong & @stail.my


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: