07 February 2019

"DOAKAN YANG BAIK-BAIK, INI UJIAN UNTUK EMMA" - KAMAL ADLI


Semua mengetahui mengenai keputusan pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, membuka tudung dan perkara itu kini sedang hangat diperkatakan.





Ditanya berhubung perkara tersebut, bekas kekasih Emma yang juga seorang pelakon, Kamal Adli enggan 'membuka mulut' mengenai keputusan pelakon berdarah kacukan itu.

Kamal berkata, tidak manis untuk dia mengulas perkara itu kerana antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak nak komen apa-apa. Kita doakan yang baik-baik untuk dia. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian untuk Emma," katanya.

Kamal juga berharap supaya netizen tidak keterlaluan mengecam Emma. Terdahulu Emma mendedahkan dirinya sudah tidak lagi berhijab sejak tiga hari.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Kamal Adli & Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: