24 February 2019

SEJAK HADIAHKAN IBU BAPA RESTORAN - AIMAN TINO DEDAH RAMAI GADIS MESEJNYA


"Ayah dan ibu banyak berkorban untuk saya. Jadi, sekarang masanya untuk membalas jasa dan membahagiakan mereka. Menceburi perniagaan ini adalah persediaan masa depan kerana tak tahu apa akan berlaku di kemudian hari.





"Saya tak fikir melakukannya untuk tarikan gadis. Banyak juga saya mendapat mesej di Instagram daripada peminat dalam kalangan gadis yang jatuh hati dan tertarik dengan keperibadian saya," jelas penyanyi Aiman Tino.

Ingin membalas jasa ibu dan bapa, penyanyi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu telah menghadiahkan sebuah restoran buat orang tuanya yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Difahamkan Aiman membelanjakan lebih RM20,000.

Bagaimanapun berita kejutan itu nampaknya berjaya 'mencairkan' hati ramai gadis di luar sana. Aiman, 22, mengakui menerima banyak mesej cinta daripada gadis diluar sana selepas memberi restoran tersebut.

Klik untuk gambar besar


Namun Aiman memberitahu, dirinya tidak dapat membalas semua mesej berkenaan tetapi sangat menghargai sokongan peminat dalam perjalanan kariernya sejak dari dulu sehingga sekarang.

"Apa pun, terima kasih kepada peminat yang tidak jemu menyokong karier seni saya. Teruslah menyokong saya," tuturnya.

Sangat meminati perniagaan selain menyanyi, Aiman kini dalam perancangan membuka sebuah lagi restoran baru di sekitar Kuala Lumpur.



Katanya, dia sepatutnya membuka restoran berkenaan di Putrajaya tetapi disebabkan lokasi itu bermasalah, maka perlu mencari tempat perniagaan baru.

Dalam pada masa sama, Aiman memberitahu beliau masih tidak bersedia untuk bercinta kerana usianya yang masih muda mahu fokus pada karier dahulu.

Jadi nampaknya buat para gadis diluar sana, jika ingin menambat hati Aiman kenalah tunggu sekejap sampai Aiman bersedia.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: