24 February 2019

HADIR KURSUS KAHWIN: "ANAK MINTA 'BABY' DENGAN TUNANG" - FASHA SANDHA


Menerusi laman Instagram, pelakon Fasha Sandha, 35, telah memmuatnaik foto yang menunjukkan dirinya sedang menemani tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz mengikuti kursus perkahwinan dan video paparan nota suara perbualan Aidil dengan anaknya.





Mendengar pada perbualan mesej bersuara itu, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4 meminta 'baby' daripada tunangnya. Mesej itu dibalas dengan mesra oleh Aidil: "Sabar ye, sayang. Sabar, okay?".

Dalam perbualan itu juga, Aidil menerangkan kepada kedua-dua anak Fasha bahawa prosesnya memakan masa sembilan atau 10 bulan dari sekarang.

Klik untuk gambar besar


Video berdurasi empat minit 12 saat itu ditonton lebih 200,000 kali sejak dimuatnaik dan menerima hampir 300 komen daripada pengikutnya di laman Instagram.

Dalam laporan sebelum ini, Fasha memberitahu bahawa dia dan Aidil melakukan persiapan secara sederhana menjelang majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada penghujung Mac nanti. Sebelum itu, pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada November 2018.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: