24 February 2019

SARAT HAMIL - MAWAR RASHID TERUJA TAMAT PENGAJIAN BERSAMA 'BAYI'


"Alhamdulillah, ia menjadi kegembiraan berganda buat saya apabila menaiki pentas bukan berseorangan, sebaliknya bersama bayi dalam kandungan. Siapa sangka, saya berjaya menamatkan pengajian dalam keadaan sarat begini?





"Lebih bermakna, kejayaan saya turut diraikan keluarga, hari ini (semalam - 23 Januari 2019). Biarpun mengambil masa lebih lama untuk menamatkannya kerana urusan kerjaya dan mendirikan rumah tangga, keluarga serta suami banyak memberikan saya kekuatan.

"Bukan mudah sebenarnya, tetapi saya berazam untuk membuat ibu berbangga dengan kejayaan ini," kata pelakon Mawar Rashid yang tidak menjadikan keadaan diri yang sarat hamil sebagai halangan untuk menghadiri majlis konvokesyennya di sebuah kolej swasta di Shah Alam, Selangor, semalam.

Pernah hampir berputus asa kerana perlu mengimbangi pelbagai perkara dalam satu masa, Mawar menjadikan ibu sebagai penguat semangat untuk menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pengurusan perniagaan.

Buat waktu ini, ujarnya, dia belum mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Klik untuk gambar besar


"Begitupun, saya memang memasang impian ke arah itu. Malah, saya kini turut mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan menjalankan perniagaan kosmetik, sejak beberapa tahun lalu. Ia mungkin dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat di laman sosial, Mawar atau pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, memuatnaik gambar sekitar majlis konvokesyennya.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada 9 November 2017 dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Raf mempunyai dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan terdahulu.














www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Mawar rashid, & Raf Yaakob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: