19 February 2019

SUDAH 80 PERATUS PULIH - UJI RASHID MAKLUM CICO PERLU SEDIKIT MASA


"Ada yang bertanya dan menawarkan Cico berlakon... Buat sementara ini, saya masih belum boleh melepaskan dia lagi. Ini kerana dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan. Daripada segi membaca dan menghafal, Cico sudah boleh.





"Malah, tahap kesihatannya sudah lebih 80 peratus pulih," jelas pelakon dan penyanyi era 1970-an, Uji Rashid yang memberitahu anaknya, pelakon Cico Harahap, 40, bagaimanapun memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Cico yang menghidap penyakit misteri hingga sukar bertutur dan membaca sejak dua tahun lalu, kini sudah boleh menghafal skrip serta berlakon.

Uji berkata, anaknya memerlukan sedikit masa sebelum kembali aktif berlakon: "Beri dia sedikit waktu... Cico ada meluahkan hasrat kepada saya untuk kembali berlakon".

Sementara itu, Cico yang kembali aktif bersenam di gimnasium, mengaku merindui dunia lakonan. Sehubungan itu, dia berharap masih ada peluang untuknya kembali beraksi di kaca televisyen (TV).

Klik untuk gambar besar


"Selain bersukan di gimnasium, saya suka rakam foto dan membawa anak-anak menonton filem. Saya selalu mengikut emak ke majlis-majlis untuk kembali menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling selain bertemu orang ramai.

"Daripada saya habiskan masa memerap di rumah, sekurang-kurangnya saya dapat pulihkan keadaan dan lupakan apa yang saya alami," tuturnya.

Cico mengalami masalah kesihatan sejak akhir 2016. Selain rawatan hospital, Cico merujuk masalah yang dihadapi kepada pengamal perubatan Islam hingga hari ini.

Minggu lalu, Uji dan Cico menghadiri majlis pelancaran buku biografi Datuk Rosnani Jamil berjudul Dari Sungai Geringging ke Kota London di Kompleks Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Hulu Kelang.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: