02 February 2019

SUFIAN AKUI BERASA TEKANAN, HADAPI MASALAH KESIHATAN


Menjelang Anugerah Juara Lagu yang ke-33 (AJL33) yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari ini, penyanyi Sufian Suhaimi akui berasa tekanan dengan masalah kesihatan yang dihadapinya.





Menurut Sufian, dia berasa takut dengan keadaan dirinya yang tidak mampu memenuhi tuntutan ketika persembahan nanti. Tambah pelantun lagu 'Di Matamu', dia akan menjaga pemakanan untuk tempoh minggu ini.

"Saya mula dengan demam sehingga mengakibatkan tekak berdarah sejak minggu terakhir bulan Disember tahun lalu. Tekanan untuk saya melakukan persembahan nanti lebih kepada faktor kesihatan.

"Saya takut keadaan kesihatan tidak sihat sepenuhnya serta persembahan tidak seperti yang dibayangkan nanti. Saya tidak la sampai tahap minum air asam jawa setiap hari.

"Saya akan menjaga dari segi pemakanan, tidak la sesuka hati je. Makanan pedas akan saya elakkkan. Kalau makanan itu saya tahu tidak elok untuk tekak, saya tidak akan mengambilnya," ujarnya.

Selain Di Matamu yang merupakan ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen, pentas AJL33 turut membariskan 11 lagi finalis iaitu Sampai Bila (Misha Omar), Semakin (Siti Sarah), Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer), Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jacklyn Victor), Hajat (Hael Husaini), Bunga (DeFam), Jatuh Bangun (Haqiem Rusli dan Aman RA), Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah), Kau Pun Sama (Syamel), Luluh (Khai Bahar) dan Bunga (Ara Johari).




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: