02 February 2019

DS SHAHIDA: "BERANGAN NAK ANAK RAJA TAPI TERKAHWIN RAJA VIRAL


Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tetap setia disisinya untuk memberikan sokongan biarpun pelbagai kontroversi sering terpalit suaminya itu.





Baru-baru ini, Shahida ada memuatnaik sekeping gambarnya bersama suami memakai busana ala perkahwinan diraja. Apa yang menjadi perhatian adalah kepsyen gambar tersebut yang mencuit hati netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, Shahida memberitahu ketika waktu kecil dahulu dia selalu berangan untuk berkahwin dengan anak raja.

Klik untuk gambar besar


"Aku nak kahwin dengan anak raja! Dulu kecik-kecik berangan nak kahwin anak raja tapi kita terkahwin dengan raja juga tapi raja viral! Dulu-dulu kahwin tak merasa nak pakai baju gini. Dah kahwin baru buang tebiat nak pakai," tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kapyen tersebut. Ada yang mengatakan mereka tidak menyangka isteri kepada Aliff Syukri itu seorang yang kelakar.

Kata netizen lagi, biarpun suaminya digelar raja viral, namun Aliff Syukri seorang yang sangat sayangkan isteri dan anak-anak. Dalam pada itu ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan itu kekal bahagia hingga ke Jannah.












www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Rotikaya & Instagram Datin Seri Shahida & Datuk Seri Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: