24 March 2019

ADA SEBAB RAHSIAKAN PERCERAIAN - RASHIDI ISHAK DEDAH ALAMI KEMURUNGAN


"Tiga bulan pertama sudah tentu masa paling sukar untuk saya lalui, saya berdepan dengan kemurungan. Saya cuba elakkan menghadiri majlis keramaian atau bertemu orang ramai.





"Namun hari demi hari ia semakin baik dan saya mula menerima keadaan itu. Sepanjang 17 tahun kami tiada masalah berkaitan orang ketiga, apa yang saya boleh katakan ia disebabkan tiada lagi keserasian.

"Ia jalan terakhir untuk hubungan kami dan Alahmdulillah anak-anak matang utnuk menerima keputusan tersebut," demikian kata pelakon Rashidi Ishak yang mengakui bukan mudah untuk melalui episod hitam iaitu bercerai dengan pelakon Vanidah Imran.

Rashidi mendedahkan dirinya mengalami kemurungan dalam tempoh tiga bulan pertama perpisahan. Katanya lagi, keputusan untuk berpisah dibuat selepas kerana tiada lagi keserasian.

Klik untuk gambar besar


Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, hubungan pasangan ini bertemu titik noktah apabila aktor itu mengesahkan mereka sudah berpisah pada 9 Ogos tahun lalu. Untuk makluman, Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.

Dalam pada itu, Rashidi memberitahu dia ada sebab mengapa merahsiakan perceraian tersebut. Ujarnya, dia tidak mahu menghebahkan perkara itu kerana ingin menjaga emosi anak-anak bukan sebab terikat dengan kontrak komersial.

"Kami ambil masa tujuh bulan disebakan masa ini adalah yang paling sesuai kerana semua sudah bersedia. Kami mahu menjaga emosi anak kami yang bakal menduduki SPM ketika itu dan tidak keran terikat dengan kontrak komersial," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: