07 March 2019

"ASTHMA YEM DAH OK SEDIKIT, MASIH PERLU DIPANTAU" - NAD ZAINAL


"I'm sorry sayang.... Kami ingat kami yang rindukan awak.. Kami di sana ingat awak tak peduli kami tak ada dengan awak.. Yem (Fahad Ibrahim - anak sulung Nad Zainal) mesti ok je kita tak ada, asal dia pergi school atau berjalan dia tak ingat kita dah.. kita je ingat dia..





"Rupanya.... Atok Nenek cerita dia pegang baju mummy dia peluk sebut mummy.. and dance depan tv sebut mummy daddy.. Kalau haritu Daddy dia koyak.. Harini emosi I koyak rabak hancur berderai..," tulis pelakon Naz Zainal yang sebak apabila anaknya, Fahad Ibrahim terpaksa ditahan di wad kerana mengalami asma.

Lebih menyedihkan apabila peristiwa itu berlaku apabila Nad dan suaminya, Muhammad Faliq Amirudin yang bercuti di Jepun tiba di Malaysia semalam. Nad menerusi akaun Instagramnya memberitahu emosinya tidak stabil melihat keadaan anak kesayangannya itu.

Menerusi posting yang sama, Nad akui berasa bersalah kerana meninggalkan anaknya untuk bercuti bersama suami. Bagaimanapun kata Nad, perkara yang berlaku itu dijadikan sebagai pengajaran dan peristiwa tersebut tidak akan berulang.

Klik untuk gambar besar


"Rasa berdosa dan pentingkan diri pun ada... Konon nak ada masa berdua, yelah bila kerja busy, bila balik akan focus Yem, laki pulak kesian.. tapi tak apa.. jadikan pengajaran.. Buat je trip macam yang sebelum ni, bawa Yem.. barulah dua-dua pihak tak merana jiwa...

"By the way, asthma Yem dah ok sedikit, masih perlu dipantau.. terima kasih mendoakan. Doakan kami segera checkout dari hospital... dari Jepun terus ke hospital 🤤 Rindu katil rumah," katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar anak sulung Nad itu kembali sihat dan cergas seperti sedia kala.

Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin dan suaminya bercuti ke Jepun sejak empat hari lalu. Nad berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nad Zainal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: