26 March 2019

DI TANAH SUCI - AJAK SHIRO & KELUARGA, ZULIN AZIZ, INTAN LIANA TUNAI UMRAH


Baru-baru ini, ramai artis kita menunaikan umrah termasuklah pelawak dan pelakon Ajak Shiro bersama keluarganya serta pelakon dan penyanyi Zulin Aziz dan bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh.





Menerusi laman Instagram, Ajak telah mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran ketiga-tiga orang anaknya, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea yang disambut semalam (25 Mac).

Ajak memuatnaik sekeping foto anaknya sewaktu berada di Madinah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya bersama ucapan yang menyentuh jiwa.

"25 Mac 2010 Mohamad Jad Thaqif b Mohamad Hanaffi. 25 Mac 2013 Mohamad Had Thaqif b Mohamad Hanaffi. 25 Mac 2015 Nada Soffea bt Mohamad Hanaffi.

Klik unuk gambar besar


"Selamat hari lahir anak-anak baba dan ibu.. Semoga membesar jadi orang berguna dan membantu orang lain di dunia. Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang bijak dan hormat ibu bapa dan taat kepada perintah Allah.

"Jika kita utamakan keluarga.. InsyaAllah kawan-kawan nikmatnya hanya kita rasa.. Keluarga adalah segalanya ♥️ #mykiddos #birthday #madinah #almunawarrah," tulis Ajak.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ajak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Jad, Had dan Nada serta mendoakan agar mereka membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.

Difahamkan kini Ajak dan keluarga sedang mengerjakan ibadah umrah sejak 22 Mac lalu. Untuk makluman, Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.



Manakala, pelakon Zulin Aziz bersama rakan baiknya yang juga seorang pelakon, Emilie Hanif juga berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah semalam. Berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, Zulin meminta semua pihak agar mendoakan urusan mereka sepanjang ibadah tersebut dipermudahkan.

"Saya dan @emeliehanif_official akan berangkat ke Tanah Suci Makkah. Doakan dipermudah segala urusan, mendapat umrah yg mabrur, selamat perjalan pergi dan balik kami ya? Salah silap,kami mohon maaf mintak halal. Bismillah," tulisnya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang. Namun imej mereka yang berjubah lengkap dengan niqab itu mendapat perhatian netizen. Terdapat peminat yang berharap Zulin akan kekal dengan imej berniqab.



Tidak ketinggalan, bekas madu pelakon Izreen Azminda ini telah berangkat ke Tanah Suci Mekah semalam untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Intan mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

"Salam, sy Intan Liana InshaAllah akan menunaikan ibadah umrah pada hari ini (25/3/2019). Di kesempatan ini sy ingin memohon kemaafan andai tersilap kata dan segala perbuatan. Semoga Allah merahmati kita semua InshaAllah. Aish Dekmok baik2 k.. Bonda love you!!! Miss you.. Tq along jagakan dorg.. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar 💚😭," katanya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Intan berjalan lancar. Untuk pengetahuan, Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 2.

Manakala, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga dengan aktres Izreen Azminda pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ajak Shiro, Zulin Aziz & Intan Liana Saleh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: