26 March 2019

ADIRA 'BENGANG', DAKWA SUAMI BAWA 'LARI' ANAK - DATUK RED JELASKAN


Penyanyi Adira Suhaimi baru-baru ini telah kehilangan bapanya yang meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman. Tentunya, Adira pulang ke kampung halamannya untuk menghadiri pengebumian arwah bapanya itu pada Ahad lalu.





Namun, timbul pula isu lain apabila Adira menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa bengang apabila mendapat perkhabaran anaknya dibawa ke tempat lain tanpa kebenarannya. Disebabkan itu, beliau tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut siapa yang berbuat demikian, rata-rata netizen mengatakan status itu ditujukan kepada suaminya, Datuk Red.

Bagaimanapun, Datuk Red berkata beliau tidak membawa lari anak mereka. Sebagai bapa, apa salahnya untuk beliau membawa mereka bertemu dengan adik-beradik yang lain iaitu anak kepada isteri pertamanya, Datin Red.

Klik untuk gambar besar


"Adira balik kampung kerana ayah dia yang juga bapa mertua saya meninggal dunia, saya tidak dapat ikut berikutan ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan. Ya, saya bawa anak-anak keluar makan, beli baju dan bawa berjumpa dengan adik–beradik yang lain," jelas Datuk Red.

Datuk Red akui ada pihak yang cuba untuk melaga-lagakannya dan Adira. Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana Adira kini sedang hamil anak ketiga mereka.

"Ada yang tidak senang dan mahu kami berpisah tapi dia gagal kerana Adira kini hamil empat bulan. Insya-Allah bulan lapan akan lahir anak kesepuluh saya," katanya.



Adira yang belum reda dengan kesedihan kehilangan bapa itu sekali menerima berita sedih dimana neneknya pula telah dijemput Ilahi hari ini.

"Allahuakbar....lps satu2 dugaan yg ku terima... blm pun hilang kesedihan kehilangan abah tersayang... dtg lagi dugaan bila mendapat khabar nenek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi ?? Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini," tulis Adira.

Dalam rumah tangga akan ada banyak dugaan dan bukan semua orang akan suka melihat kebahagiaan kita, akan ada yang cuba melaga-lagakan suami dan siteri, tetapi tetaplah bersabar dan jangan mudah termakan dengan tipu daya manusia yang penuh hasad dengki. Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah buat Adira yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Adira Suhaimi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: