26 March 2019

FOTO BELLA ASTILLAH - ALIFF AZIZ PADAM SEMUA KECUALI SATU


Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon Aliff Aziz dan Bella Astilla nampaknya masih belum reda lagi apabila kelmarin Bella sekali lagi mendedahkan kecurangan suaminya namun kali ini dengan wanita lain pula. Malah ada individu mendakwa melihat Aliff di dalam kereta bersama seorang wanita di Johor beberapa hari lalu.





Pendedahan yang dibuat Bella itu sekali lagi membuatkan netizen terkejut dan ruangan komen di laman Instagram Aliff dihujani dengan pelbagai komen kritikan dan kecaman netizen. Mereka juga menasihati Bella untuk terus bangkit dan jangan lagi terus menyakiti diri apabilah kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan beberapa kali.

Terbaru, Aliff dilihat telah memadam semua gambar bersama isterinya di laman Instagram sedangkan sebelum ini beliau ada memuatnaik gambar Bella beserta ucapan hari lahir istimewa dan 'sweet' buat wanita itu.

Klik untuk gambar besar


Susulan itu, ada netizen tertanya-tanya mengapa tiada langsung gambar Bella seperti sebelum ini. Malah tiada lagi gambar keluarga serta ucapan manis untuk hari jadi isterinya yang dimuatnaik pada 15 Mac lalu. Hasil carian netizen, Aliff juga dilihat tidak lagi mengikuti Bella di laman Instagram.

Namun hasil semakan kami di IG Aliff, terdapat satu gambar Bella yang tidak dipadamkan dan ia membuatkan netizen tertanya-tanya lagi, adakah penyanyi kelahiran Singapura itu terlupa, terlepas pandang dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan. Apa-apa pun, kita doakan agar masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan secara baik.














www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Aliff Aziz & Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: