26 March 2019

FASHA SANDHA & AIDIL AZIZ BAKAL DISATUKAN HUJUNG MINGGU INI?


Sebelum ini, pasangan merpati dua sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz pernah memberitahu mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac ini. Bagaimanapun, tarikh sebenar pernikahan pasangan pelakon ini tidak diumumkan.





Terbaru, khabarnya majlis raja sehari mereka akan berlangsung pada hujung minggu ini. Mereka bakal bernikah di kampung halaman Fasha yang terletak di Perlis Indera Kayangan.

Majlis resepsi di belah keluarga pengantin lelaki pula akan diadakan di kampung halaman Aidil yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan pada 6 April ini dengan tema tradisional dan ala kampung.

Teruja dapat mengadakan majlis resepsi di kampung halamannya, Aidil memberitahu beliau dan Fasha menjemput 5000 orang tetamu trermasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, pasangan ini yang mula berkenalan ketika bergandingan dalam sitkom 'Mamu Mami Gosip' itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 18 November tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan manakala kedua bagi Fasha. Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata sepasang iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Jika benar Fasha dan Aidil bakal mengakhirkan perjalanan cinta mereka di jenjang pelamin pada hujung minggu ini... tahniah kami ucapkan dan mendoakan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina oleh mereka kekal sehingga ke akhir hayat, Insya-Allah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: