26 March 2019

IBU TAK MAHU TUDUH SESIAPA - SAJAT KINI SIHAT, KEMBALI BEKERJA


"Alhamdulillah.. hari ini (semalam - 25.3.2019) saya masuk office.. Banyak barang masuk.. Bengkung untuk production raya nanti!!! Biasanya, permintaan banyak giler!! lets girdle pun ramai nak!!! Walaupun saya baru recovery dari sakit, saya kena kuat!! Kena kerja.. Sebab saya ada banyak staf yang saya kena jaga!!! Saya tak boleh nak lemah!!





"Terima kasih yang mendoakan kesihatan saya.. Saya ucapkan terima kasih sangat sangat syg!!!! Alhamdulillah....," demikian kata usahawan yang juga penyanyi, Nur Sajat menerusi laman Instagramnya yang memberitahu dirinya kini sihat dan kembali bekerja selepas terlantar akibat penyakit misteri.

Baru-baru ini, Sajat dilapor dikejarkan ke hospital. Menurut pembantu peribadinya, Sajat dikatakan terkena penyakit misteri yang mengakibatkan beliau tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan lemah. Meskipun sudah menggunakan pelbagai kaedah perubatan namun tidak berhasil.

Klik untuk gambar besar


Kelmarin, pembantu peribadinya memuatnaik video perkembangan terbaru Sajat yang sudah pun dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih lagi belum sihat sepenuhnya. Sajat hanya terlantar di atas katil ditemani oleh ahli keluarganya termasuk anak-anak dan ibunya.

Ditanya mengenai keadaan anaknya itu, ibu Sajat tidak memberikan banyak komen dan hanya menjelaskan mungkin apa yang berlaku kerana sifat dengki orang lain terhadap Sajat. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menuduh sesiapa.



Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, mereka seakan tidak percaya Sajat benar-benar jatuh sakit dan mengatakan ia mungkin sekadar gimik ataupun lakonan. Namun, masih ada juga yang simpati dengan keadaan Sajat dan mendoakan agar beliau lekas pulih.

Tidak dinafikan, apa yang dilakukan Sajat sebelum ini dan kontroversi berkaitan status sebenar jantinanya membuatkan orang ramai rasa bengang, tapi kalau bab sakit ini kami rasa kebanyakkan orang tidak akan menipu, apa-apa pun, kita doakan sahaja kesihatan Sajat kembali pulih.

Apapun, sakit itu penghapus dosa dan diharap penyanyi lagu 'Makhluk Penggoda' dan 'Bobo Dimana' itu tabah menghadapi ujian dan semoga cepat sembuh.









ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: