25 March 2019
"MAMA PUN TERINGIN JUGA!" - ANAK SELAMAT NIKAH, ENOT TERIMA MENANTU
Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Enot yang telah selamat menerima menantu selepas anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis sah diijabkabulkan hujung minggu lalu.
Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 40, mengadakan satu majlis nikah ringkas buat anaknya yang manis berbaju putih. Menurut Enot, dia bagai tidak percaya anak sulungnya itu sudah besar dan berkahwin.
"Assallamualaikum sehari sahaja lagi aku dapat menantu!! Macam tak percaya anak aku dah besar!! Dulu ingat lagi aku kehulu kehilir angkut mereka pergi shooting dan meniaga. Almaklumlah single mother!!
"Mereka tak pernah aku tinggalkan..mana sahaja aku bawa.. sampailah mereka besar aku masih ingat mereka budak-budak lagi! Kakak, mama doakan kakak menjadi seorang isteri yang solehah yang taat pada suami, dan yang tak ingkar dengan perintah Allah..
"Hanya doa yang mampu mama beri.. mama usaha untuk berikan yang terbaik untuk kakak.. smoga aku tabah esok hari, takut aku banjir sndiri pula nanti hahhahaha.. tak apa im cool mom!! hidup harus diteruskan!!
Klik untuk gambar besar
"Tengok anak kahwin mama pun teringin juga! ahakkk tapi dah ada menantu orang pun tak nak dah,dah tak laku hahahahhaha have anyone want married me? Hhahahhaha haram!
"Soalan aku nih!! Hahahhahaha oklah saje jer mengubat hati yang libang libur nihh! ok wish me luck besok! ehh macam aku pula nak kawin hahahhaha bukan apa wish aku supaya aku tak melalak besok aduhhh," tulisnya.
Enot yang juga ibu tunggal kepada seorang lagi anak Ariana Qaseh Qistina itu berkongsi luahan perasaannya itu sehari sebelum pernikahan anaknya di akaun Instagram.
Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan segala urusan dipermudahkan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Enot
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment