25 March 2019

MENDERITA DALAM PENJARA - AHMAD DHANI SUKAR BERJALAN, GOUT KEMBALI SERANG


"Dia (Dhani) sakit sejak Khamis lalu. Dhani bagaimanapun diberikan rawatan awal oleh doktor di penjara. Pada masa ini, Dhani masih dirawat dan jika masih tidak sembuh.





"Kami akan meminta pertimbangan pihak penjara untuk membenarkan Dhani dihantar ke hospital," kata Sahid, peguam kepada penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani.

Ujar peguam tersebut, anak guamnya itu menyuarakan kesakitan yang dihadapinya dan meminta keizinan penjara untuk membolehkannya menerima rawatan di hospital.

Menerusi laporan Astro Awani, Ahmad Dhani dilaporkan sukar berjalan dan sedang menderita dalam penjara akibat penyakit gout yang kembali menyerang dirinya. Difahamkan, kesukaran yang sedang dihadapi pengasas kumpulan Dewa 19 itu disahkan oleh peguamnya.

Pada 28 Januari lalu, Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani.

Seniman itu dijatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: