12 March 2019

HUTANG PULUHAN RIBU RINGGIT - IZZUE ISLAM KECEWA, TUNTUT


Melahirkan rasa kecewa kerana masih belum menerima bayaran daripada individu perantara yang bertanggungjawab menawarkannya pekerjaan berupa kempen media sosial sejak 2016, pelakon dan penyanyi Izzue Islam menjelaskan, hutang yang terkumpul sejak tiga tahun kini mencecah puluhan ribu.





"Saya berasa sangat kecewa dengan sikapnya memandangkan saya dan dia mempunyai hubungan yang baik. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, dia tidak membayar baki bayaran yang sepatutnya dijelaskan beberapa tahun lalu," ujarnya.

Dalam pada itu, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam, 29, menambahkan, dia hanya akan mengambil tindakan undang-undang jika individu tersebut masih enggan membayar hutangnya.

"Kita kenal antara satu dengan lain, semuanya boleh bawa berbincang. Cuma, saya sedih, sejak kebelakangan ini, dia seperti menghilangkan diri. Agak sukar untuk menghubunginya.

"Jika benar dia tidak mahu bayar, mungkin saya akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang," katanya lagi.

Izzue turut menjelaskan, individu terbabit juga mempunyai masalah yang sama dengan beberapa artis tempatan. Namun sehingga kini, mereka masih belum menerima bayaran seperti dijanjikan.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: