22 March 2019

PERSOALAN NIKAH SERAH PIHAK LELAKI - RUHAINIES TAK MAHU LANGKAH BENDUL


"Dia ada tanya, majlis nikah nanti mahu buat di sini atau London. Saya cakap tidak tahu. Saya serahkan pada dia tentukan. Kalau boleh, saya mahu dia jawab semua persoalan ini sebab dia lelaki," demikian kata pelakon Ruhainies yang memberi bayangan satu daripada majlis perkahwinan bersama kekasih dikenali sebagai Mr E bakal diadakan di London.





Bagaimanapun, Ruhainies berkata, sebagai wanita tidak manis untuknya bercerita lanjut perkara itu sebaliknya menyerahkan kepada kekasih untuk menjawab segala persoalan.

Ditanya adakah majlis perkahwinan bakal berlangsung dalam masa terdekat, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, menafikan perkara itu.

Malah, pelakon drama 'Jejak Karmila' itu berkata, dia akan berkahwin selepas kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena mendirikan rumah tangga tahun ini.

"Tarikh kahwin saya biarlah rahsia dan menjadi elemen kejutan. Apa saya boleh katakan, perancangan ke arah itu bukan dalam masa terdekat. Kalau boleh, mahu kakak kahwin dulu.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah, majlis perkahwinannya berlangsung tahun ini. Lagi pula, saya tidak mahu langkah bendul. Keluarga saya pula jenis kena ikut adat. Mahu atau tidak, memang kena lepaskan kakak dulu," tuturnya.

Ruhainies berkata, soal kahwin bukan perkara mudah dan disebabkan itu dia tidak mahu tergesa-gesa.

"Kalau tanya mengenai persediaan, dalam dunia ini tidak ada siapa yang bersedia terutama apabila bercakap soal kahwin. Ini disebabkan masing-masing inginkan yang terbaik. Macam saya sendiri pun, masih berasa diri tak sempurna. Apa pun, doakan yang terbaik untuk saya dan segala dirancang dipermudahkan Allah SWT," ujarnya.

Pada November tahun lalu, Ruhainies mengakui sudah dilamar kekasihnya ketika bercuti di Itali. Ruhainies berkata, lamaran itu dibuat sempena genap setahun perkenalan mereka.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: