22 March 2019

SARAT HAMIL ADIK SUMAYYAH - ATU ZERO TUNAI UMRAH TANPA ISTERI


Bakal berangkat ke Tanah Suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah tanpa ditemani isterinya, Shafeeqa Johari hari ini, pelawak kumpulan Zero, Atu menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan dia terpaksa meninggalkan isterinya itu disebabkan kini sedang sarat hamil anak kedua.





"Salam semua. Salam Jumaat. Alhamdulilah, In sha Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita.... Tapi orang rumah tidak dapat ikut sebab adik sumayyah belum keluar. In sha Allah next trip ya @shafeeqajohari #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi," tulisnya.

"Alhamdulillah... tercapai jua niat seorg anak mahu membawa ibu nya melihat kaabah.... atu x sempat nak jumpa arwah ayah nya meninggal... jadi mmg dia sgt2 takut jika dia x sempat nak sampaikan hajat ibu nya nk lihat kaabah... xpe b... pergilah.. syg beri ruang untuk anak dan seorg ibu menikmati saat2 terindah di tempat yg indah... bawalah ibumu... rezeki ini rezeki ibumu juga...

"Syg yakin, anak mu dlm perut ni akan tgu bapanya pulang menyambut kelahiran nya... doakan syg mudah bersalin dan dimurahkn rezeki anak2 mu di depan kaabah nnt ya.. semoga selamat kau pergi dan pulang suamiku... #34weeks 3 tahun lepas, tarikh yg sama dia hantar ak outstation ke paris 🤣... hari ni ak hantar dia...

Klik untuk gambar besar


"3 tahun akan datang siapa tahu? Kita serahkan pada Allah... check up td semua ok... baby x turun lagi.... cuma activ sgt... mak buyung cepat letih.... sabar ya nak... tgu bapakmu balik mahu azankan kamu... 😘 @akueatu," kata isteri Atu pula di IGnya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikut IG Atu dan isteri turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Atu berjalan lancar dan mendapat umrah yang mabrur.

Untuk makluman, Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor. Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.














www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Atu Zero & Shafeeqa Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: