22 March 2019

ISTERI CHOT XOXO HAMIL ANAK KEDUA: "PENGGANTI KERINDUAN ANAK SYURGA KAMI"


"Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Satu anugerah yang paling berharga buat saya dan suami. Kau beri pengganti pada ku untuk melepaskan kerinduan pada anak syurga kami. Saja saya nak kongsi berita gembira ni. Hanya keluarga dan rakan terdekat saja tahu di awal-awal kehamilan ni sebab saya risau sangat benda baru lagi.





"Bukan sebab apa rahsiakan, sebab risau macam-macam boleh berlaku kan. Sampailah mummy dah sedia untuk kongsi sekarang ni," tulis isteri kepada pelawak Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot XOXO, Siti Zafirul Azzah yang berkongsi berita gembira dimana dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua di laman Instagram.

Chot dan isteri meluahkan rasa syukur apabila Allah kurniakan pengganti bagi melepaskan kerinduan arwah anak sulung mereka, Muhammad Sher Harraz yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.

Menurut isteri Chot, hanya keluarga dan rakan terdekat yang mengetahui kehamilan itu dan mereka pada awalnya enggan berkongsi pada umum kerana bimbang perkara yang tidak diingin berlaku.

Bagaimanapun, Chot dan isteri tidak mendedahkan usia kandungan tersebut dan hanya memuatnaik foto imbasan bayi kedua mereka di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, anak sulung pasangan ini yang lahir pada 16 Jun tahun lalu mempunyai masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang memasuki paru-paru. Anak lelaki penyampai radio Melaka FM itu meninggal dunia ketika berusia empat bulan disebabkan masalah injap jantung terbalik.

Dalam pada itu, pasangan ini juga meluahkan rasa gembira apabila doktor mengesahkan bayi di dalam kandungan itu sihat dan aktif. Isteri Chot turut memohon agar semua orang mendoakan bayi kedua mereka dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang kehamilannya.

"Mummy dan daddy gembira bila tengok awak sihat dan aktif dalam perut seperti doktor katakan. Alhamdulillah. Sihat dia, siap tunjuk bagus lagi kat mummy dan daddy ya. Tak apa sayang janji awak sihat sempurna dalam perut mummy tau.

"Kalau nak tahu lelaki atau perempuan kena la tunggu. Kejutan. Semua doakan adik Sher Harraz ni dan mummy serta daddy kuat, sihat dan dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan ni ya. Doa yang baik-baik," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Chot XOXO & Siti Zafirul Azzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: