22 March 2019

DIDAKWA ADA HUBUNGAN - RASHIDI ISHAK & FIFY AZMI NAFI, JELASKAN


"Ramai yang serang dia di Instagram dan saya minta maaf kepadanya kerana terkait dengan perkara ini. Dia dulu pekerja saya ketika saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah stesen radio dan saya ambil dia menjadi model produk iklan minyak wangi keluaran saya.





"Memandangkan untuk mengambil artis popular agak mahal, jadi saya tawarkan dia untuk berlakon dalam iklan tersebut," demikian kata pelakon Rashidi Ishak yang menafikan Fify Azmi adalah punca mahligai yang dibina bersama aktres Vanidah Imran sejak 17 tahun lalu runtuh.

Aktor itu menjelaskan wanita yang juga finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu hanya sekadar model untuk video iklan produk wangi keluarannya. Ketika berita perceraiannya dengan bekas isteri itu hangat diperkatakan sejak malam kelmarin, tersebar pula khabar angin Rashidi sedang menjalin hubungan dengan wanita tersebut.

Rashidi akui bukan mudah untuk beliau melalui episod perpisahan itu dan mengambil masa beberapa bulan untuk merawat luka di hati. Pada masa yang sama, Rashidi juga memberitahu beliau tidak akan pernah menutup pintu hatinya untuk bekas isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


"Secara jujurnya saya melalui episod duka yang sangat menyakitkan kira-kira tiga hingga empat bulan sehingga dapat menyesuaikannya. Siapa yang tidak sayang 17 tahun perkahwinan, masa bercerai pun saya beritahu dia saya akan terus menyayanginya sehingga nafas terakhir walaupun sudah tidak bersama," jelasnya.

Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Rashidi itu juga tampil menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor tersebut. Sudah menganggap Rashidi tidak lebih sebagai abangnya, Fify akui beliau terkejut apabila dituduh sebagai punca keretakan rumah tangga Rashidi bersama bekas isterinya itu.

"Saya tiada kena mengena dengan isu perceraian Abang Shidi (Rashidi). Malah, kami sebenarnya sudah lama kenal. Ketika kami menjalani penggambaran iklan produk minyak wangi (Starrasky) pun, mereka sudah bercerai.



"Saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu berita sedih itu. Saya memang tak sangka nama saya pula yang terpalit dalam kes terbabit. Sedangkan, kami bagaikan abang dan adik," ujarnya.

Fify memberitahu beliau sudah pun mempunyai kekasih hati dan harapnya dengan penjelasan ini tiada lagi pihak yang terus mengaitkannya sebagai orang ketiga dalam perceraian Rashidi dan Vanidah.

Spekulasi hubungan Rashidi dengan Fify hangat diperkatakan apabila salinan foto daripada Instagram dipercayai milik Fify, tersebar. Entri terbabit menunjukkan Rashidi dan Fify bergambar mesra berdua dengan produk minyak wangi, Starrasky, sebagai kempen memperkenalkan barangan berkenaan.

Penyebaran foto itu pantas mengundang tanggapan ramai kononnya Rashidi menjalinkan hubungan dengan Fify sehingga rumah tangganya bersama Vanidah dilanda masalah dan sah bercerai pada Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

FIFY AZMI BERSAMA KEKASIH







GAMBAR YANG TIMBULKAN SPEKULASI









RASHIDI ISHAK BERSAMA BEKAS ISTERINYA, VANIDAH IMRAN



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Berita Harian, Instagram Rashidi Ishak, Fiffy Azmi & @hydar69


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: