22 March 2019

SEDIH BAKAL TINGGALKAN GELARAN JANDA - FASHA TERIMA KATA SEMANGAT


Semua mengetahui mengenai pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini. Nampaknya, tinggal beberapa saja lagi sebelum menjelangnya hari penuh bermakna itu.





Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini menerusi laman Instagram, Fasha meluahkan rasa sedih apabila dia bakal meninggalkan statusnya sebagai seorang janda tidak lama lagi: "Sedih meninggalkan title Janda .. wanita Hari Ini Sekarang ❤️".

Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai komen daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina itu akan kekal bahagia sampai ke syurga.

Klik untuk gambar besar


Kata netizen lagi, Fasha sepatutnya rasa gembira kerana ditemukan dengan lelaki yang ikhlas menyanginya dan menerima dirinya serta anak-anaknya. Menurut mereka lagi, Fasha sememangnya layak untuk merasai kebahagiaan di dunia ini.

Untuk makluman, Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu. Majlis resepsi sebelah lelaki bakal diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April depan. Seramai 5,000 tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media di majlis resepsi itu nanti.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara Instagram Fasha Sandha & Azura Couture


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: