13 March 2019

SHARIFAH AMANI: "MENGARUT & BIADAP! SEBAB ITULAH INDUSTRI MAKIN MERUDUM"


Diminta mengulas mengenai kenyataan penerbit, Datuk A Aida yang mengatakan pelakon berwajah kacak dan jelita saja layak bergelar hero dan heroin, pelakon Sharifah Amani, 33, ketika ditemui berkata, kenyataan itu tidak masuk akal kerana penggiat seni sepatutnya mendidik generasi muda yang mempunyai minat mendalam dalam bidang itu.





"Itu mengarut dan biadap! Sebab itulah industri seni lakon kita semakin merudum kerana mentaliti sesetengah orang masih tidak berubah.

"Kita sepatutnya menggalakkan mereka untuk menyertai kelas, belajar mendalami ilmu lakonan dan tonton filem kerana itu adalah minat mereka," katanya.

Menurutnya, ada orang yang benar-benar berbakat sanggup menggadaikan segalanya untuk meneruskan minat mereka.

"Ada orang yang sampai sanggup gadaikan segalanya untuk industri seni. Jadi, jangan rosakkan minda mereka generasi muda yang bersungguh nak jadi pelakon yang jujur.

Klik untuk gambar besar


"Saya bersetuju dengan komen daripada Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) yang dianggap sebagai ‘ratu’ dalam dunia lakonan," ujarnya.

Dalam masa sama, Amani menegaskan, pelakon yang baik perlu berdedikasi supaya terus kekal menjadi pemain industri. Dia juga menamakan pelakon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sebagai contoh.

"Paling utama adalah dedikasi dan semangat untuk bekerja. Itu paling penting. Kalau tidak berdedikasi, pelakon itu mungkin hanya akan bertahan selama beberapa bulan dan kemudian, hilang,” katanya.

"Rupa paras bukan perkara utama. Lihat Shah Rukh Khan. Dia pernah ditolak ketika awal pembabitannya kerana berkulit gelap dan hidungnya besar. Tapi, sekarang dia 'pegang' Mumbai," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sharifah Amani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: