Umum mengetahui mengenai pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah mengadakan beberapa sambutan hari jadi yang ke-46, jatuh pada tanggal 9 Mac lalu. Sambutan pertama dengan anak yatim dan kemudiannya secara eksklusif serta mewah di hotel Mandarin Oriental.

Namun, timbul pula kontroversi baru dimana netizen menerusi media sosial membandingkan majlis Che Ta dengan sambutan hari jadi ibu suaminya, Zain Saidin yang cukup sederhana di rumah.
Pelbagai spekulasi timbul termasuklah persoalan adakah hubungan mereka berdua dingin? Jarang sekali Che Ta bergambar bersama ibu mertuanya itu.
Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, Sasha Saidin memberitahu Che Ta dan Zain tidak dapat hadir ke majlis sambutan hari lahir ibunya kerana pasangan itu mempunyai urusan di luar negara.
Tidak bergambar bersama bukan bermakna hubungan Che Ta dan ibu mertuanya bermasalah. Mungkin untuk menjaga privasi?



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Sasha Saidin & Rozita Che wan
________________________

No comments:
Post a Comment