13 March 2019

FASHA SANDHA DIKECAM PAKAI BAJU KETAT, NAMPAK BENTUK BADAN


Imej pelakon Fasha Sandha difahamkan bukanlah kali pertama netizen mengkritik tetapi sudah berkali-kali. Kali ini, pelakon itu menerima kecaman netizen gara-gara mengenakan pakaian yang ketat ketika berhijab.





Menerusi laman Instagram, Fasha telah memuatnaik rakaman video yang sedang menjalani sesi fotografi. Turut disertakan kapsyen, Fasha memberitahu dia berasa terharu apabila jurugambar berbangsa Cina berkali-kali memujinya cantik berhijab.

"Apabila seorang Photographer Berbangsa Cina berkali-kali puji ibu cantik berhijab.... Amin.. terharu," tulis pada video tersebut.

Bagaimanapun, penampilan Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pakaiannya itu terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Klik untuk gambar besar


Malah ada segelintir netizen meninggalkan komen nakal di ruangan entri tersebut. Kata netizen lagi, Fasha sememangnya cantik berhijab, tetapi lebih cantik jika memakai baju yang longgar sedikit.

Dalam pada itu, ramai yang suka melihat Fasha yang menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi itu bertudung mendoakan agar dibukakan hati untuk memakai hijab.

Apapun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Rotikaya & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: