13 March 2019

KEJUTAN 'BACHELORETTE PARTY' - NELYDIA SENROSE AKUI TAK TAHU


"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dibuat. Saya hargai usaha mereka yang bertungkus-lumus menjayakan majlis terbabit," tutur pelakon Nelydia Senrose yang mengakui tidak tahu menahu mengenai kejutan 'Bachelorette Party' yang diadakan pada Ahad lalu.





Pelakon drama 'Encik Imam Ekspres' itu bagaimanapun terharu dengan usaha adik-beradik dan rakan baiknya kerana menganjurkan majlis itu yang dianggap kejutan buat dirinya.

Berkenaan isu kek cawan berhiaskan 'alat sulit' yang disediakan dalam majlis berkenaan hingga dirinya dikecam teruk warganet, Nelydia menjawab sepatutnya majlis itu berlangsung secara privasi dan bukan dikongsi di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


"Ada beberapa perkara yang tidak perlu dimuat naik di laman sosial. Lagipun majlis ini dihadiri semua perempuan. Jadi apa yang anda lihat berlaku secara tidak sengaja. Maaflah," katanya.

Terdahulu, manisan berbentuk alat sulit dimuatnaik di Instagram Story beberapa rakan artis yang hadir pada majlis Bachelorette Party Nelydia mengundang reaksi kurang senang warganet. Rata-rata menyifatkan majlis kejutan yang dibuat itu tidak senonoh dan seakan berkiblatkan budaya barat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nelydia Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: