13 March 2019

AIMAN TINO: "SAYA TIDAK ADA SIX PACK" - BAPA AKUI ANAKNYA TERTEKAN


"Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya. Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada 'six pack' seperti lelaki dalam video itu," demikian jelas penyanyi Aiman Tino yang menafikan bahawa lelaki dalam video lucah yang tular sejak tiga hari lalu di media sosial itu adalah dirinya.





Pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Yusri, 21, berkata, dia baru menonton video terbabit hari ini dan mendapati lelaki di dalam video itu bukan dirinya.

Aiman memberitahu, dia tidak tahu bagaimana individu yang memuat aik dan menyebarkan video itu boleh mengadakan latar belakang bilik kononnya ada bingkai gambar sama seperti dalam bilik di rumahnya.

"Saya tak tahu bagaimana mereka lakukan. Sebenarnya bilik saya penuh dengan almari dan katil. Tak ada langsung posisi yang boleh diambil untuk sudut seperti dalam video itu," katanya.

Dalam masa sama, Aiman mengakui penularan video itu memberi kesan terhadap dirinya kerana ia memang mengaibkan.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak pasti sekiranya ada pihak yang ingin menjatuhkan saya atau apa. Selama tiga hari saya berdiam diri kerana tidak berani untuk keluarkan sebarang kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan," tuturnya.

Ditanya sama ada itu adalah gimik atau strategi mempromosikan single terbarunya berjudul 'Terlerai Sebuah Janji', Aiman menafikannya.

"Tak tergamak saya melakukan gimik yang boleh memalukan diri sendiri. Ia hanya kebetulan dan berlaku ketika lagu ini baru dilancarkan," ujarnya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Aiman masih menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video itu.

Sementara itu, komposer Yusri Ishak yang juga bapa kepada Aiman tampil mengulas mengenai lelaki dalam video lucah yang dikatakan mirip wajah anaknya itu. Yusri, 50, berkata, mereka sekeluarga sedar ini adalah rencah dunia hiburan yang terpaksa dihadapi Aiman.



"Ahli politik dan ulama pun boleh dianiaya dengan kewujudan video lucah, inikan pula artis. Zaman sekarang semua orang boleh buat macam-macam. Tak ada yang mustahil dalam dunia serba moden seperti hari ini," kata bapa Aiman.

Menurut komposer lagu 'Ku Rela Dibenci' nyanyian Aiman itu, ini bukan kali pertama mereka sekeluarga diduga dengan berita mengejutkan seumpama itu.

"Sebelum ini, kami dikejutkan dengan berita kononnya Aiman parah dalam kemalangan di Pulau Pinang. Kemudian, timbul pula berita kononnya dia meninggal dunia.

"Tidak lama selepas itu, ada pula berita mengatakan dia ditangkap khalwat. Jadi, ini adalah satu lagi dugaan yang kami sekeluarga perlu telan," ujarnya.



Tambah Bapa Aiman, keluarganya dan pihak pengurusan Aiman seboleh-bolehnya ingin menyelesaikan isu ini tanpa sebarang tindakan undang-undang.

"Kalau boleh, saya tidak mahu naik turun mahkamah kerana proses undang-undang akan mengambil masa yang sangat panjang. Namun, jika perkara ini berterusan, pihak pengurusan menasihatkan supaya mengambil tindakan undang-undang," tuturnya.

Ditanya mengenai keadaan penyanyi lagu 'Pertama Cinta' itu, Yusri mengakui anaknya berada dalam keadaan tertekan.

"Siapa yang tidak tertekan dengan situasi yang berlaku. Namun, kami sekeluarga sentiasa ada bersamanya untuk memastikan tidak ada apa-apa yang buruk berlaku,” katanya.

Video berdurasi 29 saat yang tular sejak tiga hari lalu itu memaparkan lelaki mirip Aiman berada dalam keadaan bogel termasuk melakukan aksi lucah.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Aiman Tino


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: