14 March 2019

17 MAC INI - AWI RAFAEL & ATIKAH SUHAIME BATALKAN, TAK JADI KAHWIN


Nampaknya peminat tidak dapat melihat selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael disatukan sebagai suami isteri apabila perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir. Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.





Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin. Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Suhaimi tabah dengan dugaan ini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: