14 March 2019

KONGSI VIDEO ULTRASOUND: "AKHIRNYA #BABYA TUNJUK MUKA" - IZREEN


Menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya semalam, pelakon Izreen Azminda telah berkongsi sepotong video menunjukkan imbasan ultrasound bakal anaknya.





Izreen yang kini hamil enam bulan seakan-akan memberi bayangan nama anaknya bakal bermula dengan huruf A menerusi hashtag yang dikongsi iaitu #babyA.

"Kejap jer awak dah nak masuk 6 bulan... Akhirnya #babyA nak jugak tunjuk muka," tulisnya ringkas, namun bagaimanapun, Izreen masih lagi menutup ruangan komen di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, suaminya, Ude Wahid juga turut berkongs foto Ultrasound menerusi kemas kini terbaru Instagramnya: "Baby belanje senyuman untuk mama dan baba".

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014. Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar, 5.

Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 4 dan Ariq Murqi, 2 tahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Izreen Azminda & Ude Wahid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: